Kini Ramai Orang Mengidap Dua Penyakit Ini


RASULULLAH pernah menyampaikan nasihatnya di depan para sahabat. Mengenai penyakit yang akan menimpa umat menjelang akhir zaman. Dan kini, sabda Rasulullah itu terbukti.

Sungguh ramalan beliau tak pernah meleset kerana semua itu adalah berdasarkan wahyu dari Allah yang Maha Mengetahui.

Lalu apakah dua penyakit yang dimaksud Rasulullah?

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Hampir saja umat-umat (yang kafir) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan". Seseorang bertanya, "Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada masa itu sedikit?" Rasulullah bersabda, "Bahkan kalian pada masa itu banyak. Akan tetapi kamu bagai buih yang dibawa oleh air. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian 'Wahn'. Kemudian seseorang bertanya, "Apa itu 'wahn'?" Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati," (HR. Abu Daud dan Ahmad; shahih).

Cinta dunia dan takut mati. Inilah dua penyakit yang melanda banyak orang di zaman ini. Tepat seperti sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Fenomena rasuah, menghalalkan segala cara untuk mendapatkan wang dan kuasa, menipu dan sebagainya merupakan bukti cinta dunia. Tidak mempedulikan halal dan haram dalam berniaga, menzalimi orang lain demi keuntungan peribadi juga merupakan bukti cinta dunia.

Semakin cinta dunia, semakin orang takut kehilangan harta. Takut kehilangan jabatan. Takut kehilangan kuasa. Umumnya hal itu akan mengakibatkan kemurungan pada masa kehilangan itu benar-benar berlaku.

Takut mati sering kali mengiringi kecintaan terhadap dunia. Kerana begitu cintanya dengan dunia, ia tidak rela meninggalkannya. Jadinya, ia takut jika malaikat maut datang lalu ia berpisah dengan kenikmatan di dunia ini.

Takut mati ini akan lebih ketara terlihat ketika ada panggilan jihad. Seseorang yang takut mati, ia takkan berani terjun ke medan jihad sebagaimana Abdullah bin Ubai berbalik pulang saat menuju Uhud.

SEORANG lelaki yang akan berkahwin meminta nasihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Wanita yang akan dinikahinya itu cantik dan berkedudukan tinggi, akan tetapi Rasulullah melarangnya. Mengapa Rasulullah sampai melarang lelaki tersebut untuk berkahwin dengan wanita itu?

Rasulullah mengemukakan satu kekurangan wanita tersebut, akan tetapi lelaki itu belum berpuas hati dan masih berkeras untuk menikahi wanita tersebut. Di hari berikutnya, ia kembali mengajukan agar dibenarkan berkahwin dengan wanita itu.

Namun, Rasulullah kembali melarangnya. Hingga ketiga kalinya, lelaki itu kembali menghadap Nabi dan mengajukan agar dibenarkan berkahwin dengannya. Lalu Rasulullah pun mensabdakan alasan melarangnya.

Seseorang datang menghadap Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Sesungguhnya aku akan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan kecantikan, tetapi ia tidak dapat melahirkan. Apakah aku boleh menikahinya? "Beliau menjawab," Jangan "Kemudian ia menghadap untuk kedua kalinya dan beliau tetap melarangnya. Kemudian ia menghadap ketiga kalinya maka beliau bersabda, "Nikahilah wanita yang penyayang dan subur, kerana sesungguhnya aku berharap mempunyai jumlah umat yang banyak melalui kalian di antara umat-umat lain," (HR. Abu Dawud).


Hadits ini menunjukkan keutamaan berkahwin dengan wanita yang subur, sebagaimana hadis-hadis lain. Wallahu a'lam bish shawab.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Cara Sedekah untuk 360 Sendi di Tubuh Kita

4 Bulan Ini Disebut ‘Bulan Haram,’ Mengapa?